Thursday 17 April 2014

BERSIHKAN SISTEM LINUX ANDA DENGAN BLEACHBIT



Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Sebelum Baca jom tengok  ni klik

BleachBit adalah sebuah aplikasi yang biasaa digunakan untuk membersihkan fail-fail "sampah" yang sudah tidak diperlukan pada sistem operasi linux. BleachBit bekerja dengan cara memadam cache, cookies dan history pada web pelayar, memadam temporary file serta didakwa mampu memadam log dari 70 aplikasi seperti Mozilla Firefox, Filezilla, Flash, Google Chrome, gedit, Pidgin, Adobe Reader, APT dan sebagainya.Kira bleachbit ini macam Ccleaner.



Selain itu, BleachBit juga boleh digunakan untuk:


  • Mengosongkan memori dan swap.
  • Memadam shortcuts yang rosak.
  • Memadam history URL pada pelayar Firefox versi 3 tanpa menghapuskan seluruh fail.
  • Memadam Linux localizations iaitu mengeluarkan bahasa yang tidak digunakan.
  • Membersihkan APT untuk keluarga Linux Debian, Ubuntu, Kubuntu, Xubuntu, dan Linux Mint.
  • Menjalankan yum clean untuk keluarga Linux CentOS, Fedora, dan Red Hat untuk menghapuskan cached package data.
  • Memadam recent dokumen pada OpenOffice.org tanpa menghapuskan seluruh file Common.xcu.
  • Melakukan wiping pada free space harddisk anda, untuk menyembunyikan jejak file yang sudah dihapuskan.
  • Meningkatkan kelajuan web pelayar seperti Firefox dan Google Chrome.
  • Aplikasi BleachBit tersedia untuk sistem operasi CentOS, Debian, Fedora, Mandriva, openSUSE, Red Hat, Ubuntu juga Windows.


Cara-Cara pemasangan:

  Debian / Ubuntu

  • sudo apt-get install bleachbit

          Red Hat (CentOS dan Fedora)


  • sudo yum install bleachbit

OpenSUSE

  • sudo zypper install bleachbit

Website Rasmi: KLIK


# Sekian Terima Kasih
# Encik Ubuntu (LINUX USER)

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments