Friday 6 June 2014

Cara-Cara Install Tuxcut 5.0 Di Ubuntu (TUTOR)

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera -KLIK-





Apa itu Tuxcut?


TuxCut merupakan sebuah aplikasi yang hampir sama seperti netcut di windows, yang boleh digunakan untuk "memotong akses internet" pada hotspot, atau sebuah PC LAN kumpulan kerja dari client ke server atau sebaliknya dengan menggunakan protokol ARP.Versi terbaru perisian ini ialah versi 5.1 .Perisian  ini sering digunakan untuk tujuan memakai wifi/internet secara sendiri.

Tuxcut di buat dari bahasa Python/Qt4.Tuxcut agak sedikit berbeza dengan Netcut, di dalam Tuxcut sudah mempunyai ciri yang buat melindungi kita agar sambungan internet kita tidak boleh dicut atau di potong oleh user lain. Selain itu, ia mempunyai ciri membuat mac scanning dan mac changer juga. Sebaliknya untuk Netcut, agar kita dilindungi dari user lain  yang memakai Netcut, kita perlu memasang program yang lain seperti AntiNetcut (meskipun netcut  lebih maju daripada anti netcut).Untuk maklumat lanjut anda boleh membaca disini.

Sebelum memasang Tuxcut ini kita perlu melakukan perkara ini terlebih dahulu :

1.Download fail Tuxcut ini & simpan fail ini di  dir Downloads.


2.Buka Terminal & Masukkan Perintah ini :


  • sudo apt-get install arp-scan 




  • sudo apt-get install dsniff 




  • sudo apt-get install arptables





  • cd Downloads
  • sudo dpkg -i tuxcut_5.0_all.deb




Sekiranya anda mengalami masalah "error" seperti didalam gambar ini anda perlu masukkan perintah ini






  • sudo apt-get install -f 

Anda akan dapat macam ini :



Sekian Terima Kasih
Kepada pen"copy" letaklah nama aku. :)
Encik Ubuntu (LinuxUser)


    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments