Tuesday, 11 July 2017

Apa itu Ransomware?







Apa itu ransomware?


Ransomware adalah program jahat komputer yang menculik dokumen mangsa                 dengan algoritma penyulitan khusus. Setiap dokumen yang dikunci oleh perisian 
ini hanya boleh diakses dengan cara memasukkan kod unik yang hanya 
dimiliki si penyebarnya.


Untuk membuka akses daripada dokumen yang terkunci, si penyebar Ransomware biasanya meminta wang tebusan kepada mangsanya dalam bentuk Bitcoin. Jika mangsa tidak membayar, maka penjenayah siber ini mengancam akan menghapuskan dokumennya.Terdapat pelbagai jenis Ransomware pada mangsa ini , seperti yang anda tahu ransomware yang terbaru iaitu Wannacry yang mengemparkan dunia siber dalam sejarah dunia siber.





Tambahanpula, Ransomware sendiri tidak terbatas hanya pada mengunci dokumen sahaja, ada versi lain yang mengunci komputer sepenuhnya. Apabila komputer dihidupkan, Ransomware akan memaparkan mesej agar mangsa membayar tebusan untuk boleh mengendalikan komputer.

Selain itu, ada juga versi Ransomware yang memunculkan mesej "pop-up" yang sukar untuk ditutup dan membuat komputer sukar untuk digunakan.


Bagaimana Ransomware Dijangkiti?

Ransomware boleh menyerang komputer sesiapa sahaja, boleh datang daripada kegiatan saat kita melayari di dunia maya, seperti menekan sebuah link yang ternyata 'perangkap', atau memuat turun dan membuka sebuah fail.


WannaCry Menyerang Windows

Ransomware WannaCry diketahui hanya menyerang komputer dengan sistem operasi Windows. Mengapa?

Ternyata para penyelidik meyakini hal ini kerana penjenayah siber mengeksploitasi celah keselamatan yang dinamakan EternalBlue pada OS Windows. Program ini dibangunkan dan dimiliki oleh Badan Perisikan Amerika Syarikat (National Security Agency / NSA). Program ini kemudian bocor dan dipakai oleh penggodam untuk menyerang keselamatan sistem operasi Windows dan menyebarkan Ransomware WannaCry.


Sekian Terima Kasih

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments