Sejak akhir-akhir ni, ramai yang tanya aku pasal firmware, stock ROM, custom ROM, OS, dan pelbagai lagi. Dan semestinya kesemua itu berkaitan dengan telefon. Aku sendiri pun sebenarnya tidak beberapa faham dengan istilah-istilah tersebut.
Tapi, untuk merungkaikan persoalan yang ada didalam hati ni, aku cuba menyelidik apakah ia sebenarnya. Jadi bagi pemahaman korang semua, aku akan membahagiankannya kepada beberapa bahagian.Mungkin entri agak panjang berjela-jela. Tak nak baca semua pun takpe. Aku sendiri pun masih belajar pasal semua nie. Mungkin ada kesilapan sedikit dalam penerangan. Aku harap korang dapat betulkan jika ada kesilapan tersebut. Jadi, dibawah aku akan menerangkan sedikit mengenai Android, Windows Phone 7 dan iOS (Apple). Untuk Symbian, aku masih lagi cuba memahami mengenainya. Tiada maklumat yang aku dapat masukkan kedalam entri ni.
Definisi OS
Apa-apa pun kita kena tahu apakah definisinya terlebih dahulu. Semua komputer yang menggunakan Windows, Mac OS X, dan Linux beroperasi memerlukan perisian sistem tertentu yang dikenali sebagai sistem pengoperasian (OS). Manakala telefon pintar sekarang juga memerlukannya, tetapi ia didatangkan didalam versi mobile (Mobile OS). Sebagai contoh Mobile OS adalah Android, Windows Phone 7, Apple iOS, BlackBerry OS, dan Symbian^3. Kesemua itu adalah antara mobile OS yang digunakan dikebanyakkan telefon pintar sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut, korang boleh pergi ke entri yang aku pernah tulis melalui pautan dibawah.
Apakah ROM
ROM adalah singkatan daripada Read-Only Memory. Ia boleh dikelaskan sebagai memory dalaman sesebuah peranti tersebut. Rom ini mempunyai arahan dari sistem yang tidak perlu di ubahsuai dan ianya disimpan didalam ROM (Read-Only Memory) atau secara mudahnya seperti CD-R atau DVD-R. Segala pengubahsuaian mungkin akan membuat arahan tersebut tidak berfungsi atau merosakkan telefon tersebut. Jadi ianya bebeza dengan hard disk dan USB drive yang mempunyai akses read/write walaupun ianya mempunyai fail sistem.
Apakah Firmware
ROM yang dinyatakan seperti diatas juga boleh didefinisikan sebagai Firmware. Yang membezakannya adalah ia boleh diubahsuai. Selalunya, bila ia sudah diubahsuai, ia pasti memerlukan peranti lain sebagai Read-Only tetapi ia melalui perlindungan/pengawasan tertentu.
Flashing
Memori untuk ROM yang sering digunakan pada telefon pintar sama dengan flash memory seperti SD Memory Card dan USB drive. Ianya dioptimumkan untuk tahap kelajuan dan prestasi yang lebih baik untuk Mobile OS tersebut. Jadi korang dibenarkan melakukan pengubahsuaian pada file sistem tersebut dan memerlukan prosedur khas keatasnya. Jadi proses pengubahan atau penggantian file dari memori flash tersebut dikenali sebagai Flashing. Atau kata lain, Flashing adalah proses pengubahsuaian firmware.
Mobile OS
Sebelum aku bercerita panjang mengenai mobile OS nie, aku rasa apa salahnya jika menghuraikan sedikit mengenainya.
Definisi
Seperti yang aku katakan diatas, ROM boleh didefinisikan sebagai firmware. ROM ini juga boleh dianggap sebagai OS kerana apabila ia dirujuk kepada telefon pintar dan tablet, dan juga ROM itu sendiri merujuk pada firmware yang dipasang di dalam memori peranti tersebut. Jika korang disuruh untuk memuat turun sesuatu ROM, apa yang mereka katakan adalah satu firmware yang mengandungi format fail yang sudah sedia untuk dipasang ke peranti korang bagi menggantikan firmware yang lama.
Jenis ROM
Tidak seperti kebanyakkan desktop OS, mobile OS boleh didapati dalam format sedia dipasang dalam pelbagai bentuk antaranya seperti dibawah.
Truly Stock ROM/Firmware
Versi ini boleh dikatakan didalam bentuk asal (default). Tiada pengubahsuaian yang dibuat melainkan memberi sokongan kepada satu peranti tertentu untuk dijalankan. Ia menawarkan penggunaan standard dari sistemnya tanpa sebarang perubahan pada paparan antaramuka mahupun fungsi. ROM/Firmware seperti ini selalunya boleh didapati pada peranti dan sistem pengoperasian yang dibina oleh syarikat yang sama. Sebagai contoh Apple iOS, Palm WebOS, BlackBerry OS dan sesetengah peranti Android yang ROM/firmwarenya tidak diubahsuai oleh pengeluar.
Manufacturer(Pengilang) atau Carrier (Pembekal) Stock ROM/Firmware
Versi ini pula memiliki penambahan jika dibanding dengan sistem operasi asal (default) yang dikeluarkan oleh pengilang. Selalunya ia merangkumi penaiktaraf dan penambahan pada paparan antara muka, aplikasi, dan sekatan yang bertujuan untuk mencegah peranti diguna di kawasan tertentu. Begitu juga sekatan untuk mencegah dari pemasangan ROM/firmware yang tidak dikeluarkan oleh pembekal atau pengilang.
Kebanyakkan peranti yang menggunakan Android dan Symbian termasuk didalam kategori ini. Begitu juga sebahagian besar peranti Windows Phone 7 dimana menggunakan Truly Stock ROM/firmware yang diubahsuai. Tetapi perubahan ini amat sedikit dan hanya memasukkan aplikasi tambahan sahaja.
Custom ROM/Firmware
Hampir kesemua peranti yang dibuat dihantar menggunakan ROM/Firmware diatas dan ia tidak berakhir disana. Independent Developer adalah seorang yang suka mengubahsuai peranti mereka melebihi pilihan yang ditawarkan oleh pembekal/pengeluar dan berkongsi hasil kerja mereka kepada orang ramai. Dan hasil pengubahsuaian mereka itu dipanggul Custom ROM. Selalunya mereka memilih Android OS untuk dijadikan Custom ROM kerana ia didatangkan didalam kategori sumber terbuka (Open Source).
Bagi Apple iOS dan Windows Phone 7, untuk menjumpai Custom ROM/Firmware amatlah sukar. Tetapi selalunya bagi kedua-duanya selalu didatangkan dalam bentuk pukal bersama alat/aplikasi yang menawarkan fungsi diluar ciri-ciri firmware. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Custom ROM, korang boleh mendapatkan maklumat dan juga Custom ROM itu sendiri di forum XDA-Developers atau diforum lain.
cc to :Piratz
cc to :Piratz
No comments:
Write comments