Showing posts with label Android. Show all posts
Showing posts with label Android. Show all posts

Tuesday, 12 November 2024

Pengenalan Asas "Android Debug Bridge " ( ADB) Serta Android Studio Debugger

 

Android Debugging: Panduan Asas 



Android Debugging merujuk kepada proses mengenalpasti dan memperbaiki masalah atau bug dalam aplikasi Android. Debugging ini penting bagi pembangun aplikasi untuk memastikan aplikasi yang dibangunkan berfungsi dengan lancar dan bebas daripada kesalahan. Alat utama yang digunakan dalam debugging Android adalah Android Debug Bridge (ADB) dan Android Studio Debugger.

1. Apa itu Android Debug Bridge (ADB)?

ADB adalah alat baris perintah yang membolehkan pembangun berkomunikasi dengan peranti Android dari komputer. Dengan ADB, pembangun boleh melakukan pelbagai tindakan, termasuk memasang dan membuang aplikasi, mendapatkan log sistem (logcat), dan mengakses peranti untuk tujuan debugging.

Cara Menggunakan ADB:

  1. Sambungkan peranti Android ke komputer dengan kabel USB.
  2. Buka terminal atau command prompt, kemudian taip perintah adb devices untuk memastikan peranti disambung.
  3. Gunakan perintah adb logcat untuk melihat log aplikasi dan mengenalpasti masalah yang mungkin berlaku.

2. Debugging Menggunakan Android Studio

Android Studio menyediakan alat debugging yang lengkap. Anda boleh menjalankan aplikasi anda terus di emulator atau peranti sebenar, serta memeriksa kod untuk mengenalpasti masalah.

Beberapa ciri Android Studio Debugger:

  • Breakpoint – Untuk menghentikan kod di baris tertentu, memudahkan pembangun melihat nilai pembolehubah.
  • Logcat – Memaparkan log secara langsung, yang membolehkan pembangun melihat mesej ralat atau maklumat yang dicatat.
  • Inspect Variables – Memeriksa dan mengubah nilai pembolehubah semasa aplikasi sedang berjalan.

3. Menggunakan Logcat untuk Debugging

Logcat adalah alat yang memaparkan mesej log daripada sistem Android dan aplikasi. Pembangun boleh menapis log untuk fokus pada mesej yang berkaitan dengan aplikasi mereka.

Contoh penggunaan Logcat dalam ADB:

bash
adb logcat

Untuk mencari mesej yang berkaitan dengan aplikasi tertentu, anda boleh gunakan:

bash
adb logcat | grep "NamaPakejAplikasi"

4. Tip dan Trik untuk Android Debugging

  • Gunakan Emulator dan Peranti Sebenar: Uji aplikasi di kedua-dua emulator dan peranti sebenar kerana beberapa isu mungkin hanya muncul pada peranti sebenar.
  • Log yang Jelas: Tambahkan log pada bahagian kod yang penting untuk membantu anda mengenalpasti bahagian mana yang mungkin menyebabkan masalah.
  • Debugging Remote Devices: ADB juga boleh digunakan untuk debugging peranti yang disambungkan secara jarak jauh dengan sambungan IP.

Kesimpulan

Android Debugging adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pembangun aplikasi Android. Dengan menggunakan ADB dan alat debugging di dalam Android Studio, pembangun dapat mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan lebih efektif. Debugging yang baik dapat meningkatkan prestasi dan kebolehgunaan aplikasi, yang seterusnya memberi pengalaman pengguna yang lebih baik.

Thursday, 6 July 2017

Cara-Cara Pasang Android Studio Di Ubuntu

Mula-mula muatturun dulu Android Studio di sini  .Fail android tersebut disimpan direktori "Downloads" .Ikut langkah selanjutnya.




Kemudian buka terminal dan masukkan perintah ini , tujuan perintah ini adalah untuk memasang pakej-pakej yang tertentu bagi melancarkan pemasangan ini

sudo apt-get install libc6:i386 libncurses5:i386 libstdc++6:i386 lib32z1 libbz2-1.0:i386


Selanjutnya



Selepas itu buka terminal dan masukkan perintah ini 


sudo mv ~/Downloads/android-studio /usr/local/
cd /usr/local/android-studio/bin
./studio.sh



Kemudia tekan "ok" dan pastikan jaringan internet ada kerana benda ini memerlukan internet untuk melancarkan pemasangan.


















Tahniah anda sudah berjaya memasang Android Studio di Ubuntu anda

Cara-cara nyapasang Android Studio Di Ubuntu [ Uninstall]


Anda ingin menyapasang Android Studio di Ubuntu ?


Seperti biasa kita akan menggunakan terminal ( ctrl + alt+ t) di papankekunci anda.
Selanjutnya ikut langkah ini :



rm ~/.local/share/applications/androidstudio.desktop
sudo rm -rf /opt/androsudoid-studio/
rm -rf ~/.android/
rm -rf ~/.AndroidStudio2.1/
rm -rf ~/.AndroidStudio2.3/
rm -rf ~/Android

 








Jika anda memasang fail .deb maka anda boleh perlu menggunakan perintah ini :

sudo dpkg --remove android-studio

Atau jika anda memasangnya melalui" apt-get "maka anda boleh perlu  menggunakan perintah ini :

sudo apt-get remove android-studio 


Dengan itu sekian terima kasih semoga membantu anda

Wednesday, 4 November 2015

Cara-Cara Buat 2 Whatsapp Dalam 1 Phone (NO ROOT) 100% work

Assalammualaikum.. semua/ selamat pagi




Dipagi ini encik nak kongsi tentang cara buat toturial seperti tjuk diatas .. ini hasil permintaan ornag kampung suruh buat toturial..hahahha jom

Barang yg perlu korg ada

1. Whatsapp original korang

2. Download File Whatsmapp

Cara-cara:

1. Close whatsapp original
2. Download Whatsmapp dan Install macam biasa
3. Siap! korg bolehlah letak nobor baru korg..

Apa yang ada dalam Whatsmapp?


  •     No Root Needed
  •     No Obsolute Error like Og Whatsapp
  •     Working Smooth
  •     Latest APK  Updated
  •     Calling Feature Preactivated
  •     Material Design
  •     Hide Last Seen like Whatsapp Plus
  •     Hide Blue Tick, Second Tick, Typing for Chat, Groups
  •     Copy Messages without Date & Time (No Bug like Normal Whatsapp)
  •     Share Big Files with Less limit
  •     Custom Icon
  •     Better Looking & Some MODs
  •     Anti ban enabled – No Ban Issues like Whatsapp Plus
  •     Calling feature enabled – No Need to Worry About calling Feature
  •     Updated design with bug fixes – Fully Stable. All things & features working.
  •     Latest mod – Including With All new features of whatsapp
  •     latest whatsapp mod Released (Based on Latest Version)
 Credit to : missingtricks & orang kampung den :P



Thursday, 11 December 2014

Apa Itu Stock ROM, Custom ROM & Firmware?

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang tanya aku pasal firmware, stock ROM, custom ROM, OS, dan pelbagai lagi. Dan semestinya kesemua itu berkaitan dengan telefon. Aku sendiri pun sebenarnya tidak beberapa faham dengan istilah-istilah tersebut.

Tapi, untuk merungkaikan persoalan yang ada didalam hati ni, aku cuba menyelidik apakah ia sebenarnya. Jadi bagi pemahaman korang semua, aku akan membahagiankannya kepada beberapa bahagian.Mungkin entri agak panjang berjela-jela. Tak nak baca semua pun takpe. Aku sendiri pun masih belajar pasal semua nie. Mungkin ada kesilapan sedikit dalam penerangan. Aku harap korang dapat betulkan jika ada kesilapan tersebut. Jadi, dibawah aku akan menerangkan sedikit mengenai Android, Windows Phone 7 dan iOS (Apple). Untuk Symbian, aku masih lagi cuba memahami mengenainya. Tiada maklumat yang aku dapat masukkan kedalam entri ni.


Definisi OS

Apa-apa pun kita kena tahu apakah definisinya terlebih dahulu. Semua komputer yang menggunakan Windows, Mac OS X, dan Linux beroperasi memerlukan perisian sistem tertentu yang dikenali sebagai sistem pengoperasian (OS). Manakala telefon pintar sekarang juga memerlukannya, tetapi ia didatangkan didalam versi mobile (Mobile OS). Sebagai contoh Mobile OS adalah Android, Windows Phone 7, Apple iOS, BlackBerry OS, dan Symbian^3. Kesemua itu adalah antara mobile OS yang digunakan dikebanyakkan telefon pintar sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut, korang boleh pergi ke entri yang aku pernah tulis melalui pautan dibawah.



Apakah ROM

ROM adalah singkatan daripada Read-Only Memory. Ia boleh dikelaskan sebagai memory dalaman sesebuah peranti tersebut. Rom ini mempunyai arahan dari sistem yang tidak perlu di ubahsuai dan ianya disimpan didalam ROM (Read-Only Memory) atau secara mudahnya seperti CD-R atau DVD-R. Segala pengubahsuaian mungkin akan membuat arahan tersebut tidak berfungsi atau merosakkan telefon tersebut. Jadi ianya bebeza dengan hard disk dan USB drive yang mempunyai akses read/write walaupun ianya mempunyai fail sistem.

Apakah Firmware

ROM yang dinyatakan seperti diatas juga boleh didefinisikan sebagai Firmware. Yang membezakannya adalah ia boleh diubahsuai. Selalunya, bila ia sudah diubahsuai, ia pasti memerlukan peranti lain sebagai Read-Only tetapi ia melalui perlindungan/pengawasan tertentu.

Flashing

Memori untuk ROM yang sering digunakan pada telefon pintar sama dengan flash memory seperti SD Memory Card dan USB drive. Ianya dioptimumkan untuk tahap kelajuan dan prestasi yang lebih baik untuk Mobile OS tersebut. Jadi korang dibenarkan melakukan pengubahsuaian pada file sistem tersebut dan memerlukan prosedur khas keatasnya. Jadi proses pengubahan atau penggantian file dari memori flash tersebut dikenali sebagai Flashing. Atau kata lain, Flashing adalah proses pengubahsuaian firmware.

Mobile OS

Sebelum aku bercerita panjang mengenai mobile OS nie, aku rasa apa salahnya jika menghuraikan sedikit mengenainya.

Definisi

Seperti yang aku katakan diatas, ROM boleh didefinisikan sebagai firmware. ROM ini juga boleh dianggap sebagai OS kerana apabila ia dirujuk kepada telefon pintar dan tablet, dan juga ROM itu sendiri merujuk pada firmware yang dipasang di dalam memori peranti tersebut. Jika korang disuruh untuk memuat turun sesuatu ROM, apa yang mereka katakan adalah satu firmware yang mengandungi format fail yang sudah sedia untuk dipasang ke peranti korang bagi menggantikan firmware yang lama.

Jenis ROM

Tidak seperti kebanyakkan desktop OS, mobile OS boleh didapati dalam format sedia dipasang dalam pelbagai bentuk antaranya seperti dibawah.

Truly Stock ROM/Firmware

Versi ini boleh dikatakan didalam bentuk asal (default). Tiada pengubahsuaian yang dibuat melainkan memberi sokongan kepada satu peranti tertentu untuk dijalankan. Ia menawarkan penggunaan standard dari sistemnya tanpa sebarang perubahan pada paparan antaramuka mahupun fungsi. ROM/Firmware seperti ini selalunya boleh didapati pada peranti dan sistem pengoperasian yang dibina oleh syarikat yang sama. Sebagai contoh Apple iOS, Palm WebOS, BlackBerry OS dan sesetengah peranti Android yang ROM/firmwarenya tidak diubahsuai oleh pengeluar.

Manufacturer(Pengilang) atau Carrier (Pembekal) Stock ROM/Firmware

Versi ini pula memiliki penambahan jika dibanding dengan sistem operasi asal (default) yang dikeluarkan oleh pengilang. Selalunya ia merangkumi penaiktaraf dan penambahan pada paparan antara muka, aplikasi, dan sekatan yang bertujuan untuk mencegah peranti diguna di kawasan tertentu. Begitu juga sekatan untuk mencegah dari pemasangan ROM/firmware yang tidak dikeluarkan oleh pembekal atau pengilang.

Kebanyakkan peranti yang menggunakan Android dan Symbian termasuk didalam kategori ini. Begitu juga sebahagian besar peranti Windows Phone 7 dimana menggunakan Truly Stock ROM/firmware yang diubahsuai. Tetapi perubahan ini amat sedikit dan hanya memasukkan aplikasi tambahan sahaja.

Custom ROM/Firmware

Hampir kesemua peranti yang dibuat dihantar menggunakan ROM/Firmware diatas dan ia tidak berakhir disana. Independent Developer adalah seorang yang suka mengubahsuai peranti mereka melebihi pilihan yang ditawarkan oleh pembekal/pengeluar dan berkongsi hasil kerja mereka kepada orang ramai. Dan hasil pengubahsuaian mereka itu dipanggul Custom ROM. Selalunya mereka memilih Android OS untuk dijadikan Custom ROM kerana ia didatangkan didalam kategori sumber terbuka (Open Source).

Bagi Apple iOS dan Windows Phone 7, untuk menjumpai Custom ROM/Firmware amatlah sukar. Tetapi selalunya bagi kedua-duanya selalu didatangkan dalam bentuk pukal bersama alat/aplikasi yang menawarkan fungsi diluar ciri-ciri firmware. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Custom ROM, korang boleh mendapatkan maklumat dan juga Custom ROM itu sendiri di forum XDA-Developers atau diforum lain.

cc to :Piratz

Monday, 28 April 2014

Port Forward Menggunakan Tool Port Detective Di Android


Asslammualaikum & Selamat Sejahtera .. Sebelum mula tekan ni dulu 


Penerangan

Port Detektif adalah alat rangkaian yang direka untuk mengesan pelabuhan terbuka (open port) pada tuan rumah (host) pada rangkaian tempatan. Algoritma pengimbas pelabuhan (port) adalah cepat dan mampu mengimbas 65535 (port) di sekitar lima minit pada pemproses teras tunggal.

Aplikasi  ini juga dilengkapi dengan Ensiklopedia Port, yang membolehkan pengguna untuk segera mencari apa fungsi pelabuhan (port) tertentu adalah. Pangkalan data tempatan disimpan pada telefon untuk menentukan pelabuhan (port), bagaimanapun terdapat juga pilihan untuk melihat ia dalam talian untuk maklumat yang paling baru-baru ini.

Versi yang disyorkan 

Android Versi
2.1 & katas

Download

cc to Dark

Wednesday, 23 April 2014

DDOS Website Didalam Phone (Android) [LOIC]



Asslammualaikum & Selamat Sejahtera 


Sebelum ini kita pernah dengar aplikasi ini di komputer anda. Sekarang aplikasi ini sudah berada di mudah alih ( android ) . Aplikasi ini bukan lah offical .Apa tunggu lagi jom cuba


Cara-Cara Guna : Ikut langkah dalam gambar












Download : Link 1
                : Link 2


Sekian  Terima Kasih
Encik Ubuntu (Linux User )

Saturday, 19 April 2014

Google Andoid TV



Google merancang untuk melancarkan satu lagi smartTV, hanya beberapa hari selepas Amazon melancarkan TV neraka. Dengan antara muka menghiburkan, tidak melihat sebagai platform pengkomputeran, ia akan termasuk "kad" bagi setiap filem, menunjukkan, aplikasi dan permainan - semua duduk di atas rak maya - dan pengguna akan dapat mengakses kawalan jauh untuk menavigasi melalui kandungan .

Google mendakwa tha smartTV ini akan menjadi lebih mudah untuk digunakan.Sebagai TV Adroid berasaskan, anda akan Albe untuk memuat turun aplikasi anda sendiri.
Salah satu keunikan akan menjadi sistem kandungan mencadangkan (suggesting content system) , diaktifkan sebaik sahaja peranti akan menjadi aktif.
Google kini menyewa pemaju baru untuk membina aplikasi baru untuk Android dan TV masih tiada tarikh pelancaran.

Sunday, 13 April 2014

ROOT TELEFON TANPA KOMPUTER

                        

ROOT TELEFON TANPA KOMPUTER

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Root telefon anda dengan menggunakan aplikasi Framaroot dengan hanya satu klik sahaja tanpa menggunakan komputer.Di bawah ini ada senarai telefon yang boleh di-root dengan aplikasi ini:

Cara-Cara guna : 

1.Pilih salah satu sama ada dengan install superuser atau SupersSu dan pilih exploit

ASUS memopad FHD 10 LTE
Asus Padfone 1/2
Asus Padfone Infinity
Asus Transformer Pad Infinity TF700KL
BLU Studio 5.3 S
BW T18 + (Fortis Evo)
Cloudfone Thrill 430x
Disgo 8400g
DNS S4504/S4503/S4502
FAEA F1
Gigabyte GSmart G1315 Skate
Gigabyte GSmart Rio R1
Google Nexus 4
Highscreen Spark / OMEGA Q / Blast / Strike / Boost
Hisense AD683G
HTC One S
Huawei Honor Pro (U8950-1)
Huawei Premia 4g
Huawei U8815/U8816 Ascend G300/G301
Huawei U8825D Ascend G330D
Huawei Y215
Karbonn Titanium S5
kyocera Hydro Edge
Kyocera Torque
Lenovo A600e
Lenovo A706
Lenovo S870E
LG Nitro HD
LG L1 II
LG L7 II P710/P714/P715
LG Optimus F5 (P875)
LG Optimus G E970/E975
LG Optimus L3 II E425
LG Optimus L5 E610/612/615
LG Optimus L7 II P710/P713 / P714/P715
LG Optimus L7 P700/Р705
LG Optimus LTE 2
MEDION LIFE P4013
Micromax A111 Canvas Doodle
Motorola Defy Mini XT321
Oppo Find 5
Orange Nivo
Orange Zali
Pantech Discover
Pantech Flex
Pantech IM-A840S Vega S5
Pentagram Combo
Phicomm i600
Samsung Galaxy Express GT-I8730
Samsung Galaxy Win I8552
Sharp Aquos Phone SH930W
Smartfren Andromax U
Sony Xperia E C1505/Dual C1605
Sony Xperia L C210X
teXet TM-3204R
teXet TM-4677
Xiaomi Mi-2S
ZTE V880G/ZTE V955
ZTE V9815 Grand Memo N5
ZTE Warp Sequent
Telefon Pintar MTK cip (Boromir Dan Faramir exploit)
Acer A1-811
Acer Liquid E2
Acer Liquid Z3
Nokia OT 4030D S'POP
Nokia OT 8008D Scribe HD
Nokia OT 997D
Nokia OT Idol 6030X/6030D/6030H
Nokia OT Star 6010X
Nokia OT X'Pop 5035D
Amoi N828
ASUS Memo Pad HD 7
Blu Life Play
BLU Studio 5.0
Bq Aquaris 5
Cat B15
Changhong z9
Cherry Mobile Cosmos X
Chinese Star S7589
Coolbox Quore V57
Cube U39GT 3G (CubeTalk 9)
Cubot A890
CUBOT GT90
DAXIAN XY100S
EXPLAY HD Quad
EXPLAY infinity II
EXPLAY Polo
EXPLAY Surfer 7.32 3G
EXPLAY Surfer 8.31 3G
Fly IQ440 Energie
Fly IQ441 Radiance
Fly IQ442 Miracle
Fly IQ443 Trend
Fly IQ446 Magic
Fly IQ450 Quattro Horizon 2
Fly IQ451
Gionee 868H
Gionee Pioneer P2
GOCLEVER Fone 570Q
GOCLEVER Tab M713G
GSmart Aku A1
GSmart Sierra S1
Haipai I9389
HDC i9500
Highscreen Alpha GTX
Hisense U970
HKC Q79 3G
Hosin v70
Huawei U8836D G500 Pro
Huawei G700-u10
IconBIT NetTAB Space 3G Duo
IconBIT NetTAB Mercury Q7
I-mobile series I-style 7.2
iOcean X7
Jiayu G2
Jiayu G3S
Jiayu G4
KENEKSI Beta
Lava iris 405
Lenovo 10.1 "Tablet S6000
Lenovo IdeaPhone P700i
Lenovo IdeaPhone S720
Lenovo IdeaTab A3000-H
Lenovo IdeaTab S6000-H
Lenovo P770/P780
Lenovo S720, S820, S920, A390, A850, A516
Mi354 "Spice Smart Flo Space"
Micromax A90S
Micromax Canvas 2 Plus
Micromax Canvas 4 A210
Micromax Canvas HD
Mlais MX70
MoreFine S6 Pro
Motorola RAZR D3
MyPhone Agua Iceberg
N800 Mini Note
NEO N003 Advance
Newman N1
Omate TrueSmart
OPPO Find Clover
Oppo findway U7015
OUMEI X5
Pearl Smartwatch AW-414
Philips W536
Philips W736
Prestigio MultiPhone 4055
Prestigio MultiPhone PAP 3400/4505/5044 DUO
Runbo x5
Sharp AQUOS SH837W
Shengda S4
Smartfren Andromax V
Star HD9000 +
Star S5 Butterfly
Starmobile Diamond V3
Starmobile Knight
Symphony Xplorer Zii
TeXet NaviPad TM-7055HD
Texet TM-5277
THL V12
THL W8 Beyond
THL W8S
THL W11
THL W100 (130711)
THL W200
Xiaomi Hongmi
Xolo Q700/Q800
Zen Ultrafone 701HD
ZOPO 980/990
ZOPO C2 Platinum
ZOPO ZP910
ZOPO ZP300 +
ZOPO ZP900 Leader
ZOPO ZP950H
ZTE N986
ZTE V880G / H
ZTE V967S
ZTE V987 Grand X Quad
Walton Primo F3i
Wiko Darknight
Wiko Stairway
Telefon Pintar Samsung (Legolas Dan Aragon exploit)
Samsung Galaxy Core GT-I8262
Samsung Galaxy S Aviator
Samsung Galaxy Proclaim S720C
Samsung Galaxy Young GT-S6312/GT-S6310
Samsung Lightray SCH-R940
Untuk cip Exynos (Sam, Frodo, Legolas Dan Aragon)
AT & T Galaxy Note 2 SGH-I317
Highscreen Letupan
Hyundai T10
Hyundai T7s
Impression 9702 (Exynos 4412)
Lenovo K860/К860i
Newman N2
Meizu MX2
Samsung Galaxy Camera EK-GC100
Samsung Galaxy Note 10.1 GT-N8000, GT-N8010, GT-N8013, GT-N8020
Samsung Galaxy Note 2 GT-N7100
Samsung Galaxy Note 2 LTE GT-N7105
Samsung Galaxy Note 8.0
Samsung Galaxy Note GT-N7000
Samsung Galaxy S GT-i9000
Samsung Galaxy S2 AT & T SGH-I777
Samsung Galaxy S2 Epic 4G Touch - SPH-D710
Samsung Galaxy S2 GT-I9100
Samsung Galaxy S3 GT-I9300
Samsung Galaxy S3 LTE GT-I9305
Samsung Galaxy Tab Plus GT-P6200/GT-P6210
Samsung Galaxy Tab 7.7 GT-P6800/GT-P6810
Samsung SGH-i997 SUNTIK 4G
T-Mobile Galaxy Note 2 T-889
Verizon Galaxy Note 2 SCH-I605
iberry Auxus CoreX2 3G and CoreX4 3G
Kes yang mungkin sekali mengeksploitasi dilancarkan

* Guide .. :) Supersu dan su binary telah dipasang (Reboot Fon)
* Failed ..: (exploit berjalan tetapi supersu dan su binary tak dipasang
* Half Guide: (... Partition Sistem Baca sahaja, Gunakan helah build.prop buat semula dan gunakan adb untuk mengetahui fon anda root atau tidak
* Failed: (... cuba exploit lain jika ada :)

Download


Sekian Terima kasih
Encik Ubuntu (Linux User)


CARA-CARA ROOT SAMSUNG GALAXY-Y

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Sebelum mula sila download file ini:  update.zip 

Cara-Cara :

1.Pindahkan file  update.zip ke SD-Card .

2. Matikan kuasa telefon anda.

3. Hidupkan dengan menekanan button  home + volume up + power  sehingga  masuk pada mode recovery.





4.Pilih  apply update from sd card ( guna volume up or down dan tekan button home )

                   image

                         
5. Pilih update.zip dan tekan button home

                  image

6. Tunggu sehingga habis  pemasanggan dan reboot system

7. Sekiranya terdapat aplikasi Superuser di telefon .Jadi telefon anda telah berjaya di - root kan

                       
                

Sekian Terima kasih
Encik Ubuntu (Linux  User )

Pentingnya Busybox di Android



Assalammualaikum & Selamat Sejahtera 

Dipost ini encik akan menghuraikan sedikit pejelasan tentang pentingnya Busybox di Android.
Fungsi busybox di android adalah menambah perintah-perintah dalam android yang jumlahnya terhad. Perintah-perintah yang hanya terbatas pada android membuat android yang sudah diroot merasa membosankan dan tidak boleh melakukan apa-apa.

Busybox menambah fail-fail batch dasar dalam linux seperti free, lsusb, clear, install / uninstall dan lain yang sebelumnya tidak ada pada android. Dengan penambahan fungsi ini maka android anda akan menjadi komputer riba yang boleh melakukan semua hal.

Untuk memasang busybox caranya cukup mudah. Cukup download dan install busybox dari market, lalu buka aplikasinya. Pilih install, dan android anda akan melakukan reboot. Dan selesai, android anda sudah dipasang busybox.


Untuk memeriksa sama ada android anda sudah dipasang busybox, cukup taipkan perintah free di terminal emulator. Jika perintah itu berjalan dan boleh dilaksanakan maka anda telah berjaya memasang busybox. 

Atau jika anda mempunyai root explorer maka pergi ke direktori / system / bin atau / system / xbin atau juga folder dimana anda memasang busybox.
google.com, pub-1921621716597010, DIRECT, f08c47fec0942fa0