Tuesday, 19 April 2022

Apa Itu Rasberry Pi ?

     Pernahkah anda mendengar tentang Raspberry Pi? Adakah anda tahu apa itu Raspberry Pi? Bagi seseorang yang berada dalam bidang IT dan mempunyai pengetahuan mengenai teknologi, pasti tahu apakah itu Raspberry Pi.



Secara ringkasnya, ia boleh dikatakan sebagai sebuah komputer bersaiz mini dengan beberapa fungsi asas melaluinya.



Raspberry Pi hadir dalam saiz sebesar lebih kurang kad pengenalan kita, dimana beberapa komponen utama disertakan bersama-sama dengannya. Boleh dikatakan ia dibangunkan dalam memudahkan lebih ramai mempelajari pelbagai perkara berkaitan perkomputeran menggunakannya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.



Ia hadir dengan beberapa port terbina seperti HDMI (untuk dihubungkan ke monitor atau televisyen), port USB (untuk tetikus dan papan kekunci), dan juga port mikro-SD (untuk ruangan sistem dan fail). Ia hadir dalam dua variasi, iaitu set A dan juga Set B. Membezakannya, Set B untuk Raspberry Pi turut hadir dengan sokongan port Ethernet yang membolehkan pengguna menghubungkan talian internet melaluinya. Untuk sokongan kuasa, ia menggunakan kabel mikro-USB yang sedia digunakan pada pelbagai peranti mudah-alih hari ini.




Sistem Operasi


Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dioptimasikan untuknya. Salah satu yang popular adalah Raspbian yang mana merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi.

Pihak Raspberry sendiri menyediakan sebuah halaman muat-turun khas untuk beberapa koleksi sistem operasi mereka. Pengguna juga boleh memuat-turun NOOBS yang menyediakan pemasangan mudah untuk pengguna umum.

Namun, saiz fail NOOBS boleh dikatakan agak besar, dan sekiranya pengguna mempunyai sambungan internet yang tidak begitu laju, mungkin boleh memuat-turun sesuatu sistem operasi yang diminati mereka, ataupun Raspbian sekiranya baru ingin mula menggunakan Raspberry Pi.

Laman Web Rasmi Rasberry PI.

Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dioptimasikan untuknya. Salah satu yang popular adalah Raspbian yang mana merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi. Raspberry Pi juga dapat menyokong sistem lain seperti Windows, Ubuntu Core dan sebagainya.

Antara fungsi Raspberry Pi adalah:


Sebagai Komputer Desktop Mini

Perkembangan dalam penggunaan Raspberry Pi semakin canggih. Raspberry yang dilengkapi dengan RAM dan CPU, beberapa port USB yang mempunyai fungsi seperti komputer desktop tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Dengan menggunakan Raspberry Pi juga, kita dapat melayari internet, menonton video, memproses data dan bermain komputer game.


Sebagai File Server

Raspberry Pi berfungsi juga sebagai file server dengan tetapan yang tepat. Berdasarkan Samba (File server), kita dapat menggunakan External Harddisk yang boleh dihubungkan ke Raspberry Pi melalui port USB sebagai media media penyimpan data. Kita juga boleh menggunakan sebagai file sharing kepada orang lain.


Sebagai Acces Point

Dengan memasang sebuah adapter Wi-Fi yang sesuai dengan Raspbian, kita dapat mengubah Raspberry Pi menjadi sebuah access point dengan menambahkan aplikasi seperti Hostapd dan DHCP server. Hostapd adalah aplikasi server untuk mengurus adapter Wi-Fi yang berfungsi sebagai access point disamping melakukan proses validation terhadap permintaan sambungan(connection) klien yang akan terhubung dengannya. Manakala, DHCP Server berfungsi untuk menyediakan IP address yang digunakan oleh klien selepas proses validation. Access point Raspberry Pi akan valid sebagai pusat access point buatan sekiranya dikonfigurasikan dengan betul.


Web Server yang menarik.

Boleh melancarkan web server melalui Raspberry Pi board. Contoh web server yang boleh mempelajari pelbagai bahasa programming seperti CSS, PHP, HTML dan sebagainya. Selain itu, kita dapat melancarkan website sendiri atau blog kerana ia dapat mengendali WordPress


Sebagai Sistem Penggera dan Keselamatan Rumah

Raspberry Pi dapat menempatkan(host) sistem penggera dan keselamatan rumah yang sederhana namun mengagumkan. Dengan bantuan sensor dan kamera, kita dapat memantau dan mengawal rumah semasa dalam perjalan atau bekerja.


Terdapat pelbagai fungsi Raspberry Pi yang kita boleh gunakan dengan fungsi penggunaannya yang semakin canggih. Selain itu, kita dapat belajar sesuatu yang baru mengenai teknologi ini. Ia bukan hanya berfungsi sebagai komputer mini, malahan dia juga boleh digunakan bersama dengan peranti yang lain dan mudah didapati di kedai-kedai online dengan tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Sumber : amanz.my, raspberrypi.org , mycompass.io


    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments