Friday 18 April 2014

Ubuntu 14.04 LTS (Trusty Tahr) Dilepaskan




Secara rasminya Canonical melepaskan keluaran versi terkini iaitu  Ubuntu 14.04 LTS dengan nama Trusty Tahr. Dengan penambahbaikkan persekitaran desktop lalai Unity, grafik yang dipaparkan juga lebih menarik. Beberapa perkara kecil yang sebelum ini tiada seperti konfigurasi ‘launcer icon’ telah tersedia tanpa perlu memasang Compiz Config.

Walaupun tidak banyak perubahan ketara pada versi baru ini, agak berbaloi dengan kemaskinian untuk mendapatkan versi kernel yang lebih tinggi serta lain-lain aplikasi lalai terkini. Apa yang agak menghampakan ialah dengan tiadanya Ubuntu One pada versi ini kerana pengumuman baru-baru ini mengenai penutupan servis Ubuntu One.



Untuk memuat turun Ubuntu 14.04 LTS, anda perlu melayari laman web rasmi Ubuntu

Sekian Terima Kasih
Encik Ubuntu (Linux User )

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments