Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 7 November 2024

CARA-CARA KEMASKINI STR 2025 - KEMASKINI PERMOHONAN STR 2025 - Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

 CARA-CARA KEMASKINI PERMOHONAN STR 2025

1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

https://bantuantunai.gov.my/

2. Laman Utama MySTR 2025 - Klik pada butang Log Masuk bagi membuat kemas kini permohonan.









    TERIMA KASIH

































Saturday, 21 September 2024

APA ITU RUFUS?

 

Rufus: Alat Pemacu USB Boleh Boot yang Berguna




Pengenalan
Rufus adalah sebuah aplikasi percuma yang sangat berguna untuk pengguna komputer, terutamanya bagi mereka yang sering bekerja dengan sistem operasi dan pemacu USB. Dengan Rufus, pengguna dapat membuat pemacu USB yang boleh boot dengan mudah, membolehkan mereka menjalankan pelbagai sistem operasi atau alat pemulihan.

Fungsi Utama

  1. Membuat Pemacu USB Bootable
    Rufus membolehkan pengguna memformat pemacu USB dan menyalin fail sistem operasi ke dalamnya, menjadikannya boleh digunakan untuk memasang Windows, Linux, atau sistem lain.

  2. Menyokong Pelbagai Format
    Rufus menyokong pelbagai jenis fail ISO, membolehkan pengguna menggunakan pelbagai sistem operasi dengan mudah.

  3. Antaramuka yang Mesra Pengguna
    Antaramuka Rufus adalah ringkas dan mudah digunakan, walaupun bagi pengguna baru. Pengguna hanya perlu memilih pemacu USB, memilih fail ISO, dan mengklik butang mula.

Kelebihan

  • Cepat dan Efisien: Rufus terkenal dengan kelajuan prosesnya, menjadikannya pilihan popular di kalangan pengguna.
  • Portabel: Rufus tidak memerlukan pemasangan; ia boleh dijalankan secara terus dari pemacu USB.


Muatturn Aplikasi RUFUS 

Sila Ke- Laman Rasmi Rufus Disini 



Kesimpulan
Rufus adalah alat yang sangat berguna untuk sesiapa sahaja yang perlu mencipta pemacu USB bootable. Sama ada untuk memasang sistem operasi baru, menguji distro Linux, atau menjalankan alat pemulihan, Rufus menjadikannya proses yang mudah dan cepat.



Tuesday, 19 April 2022

Apa Itu Rasberry Pi ?

     Pernahkah anda mendengar tentang Raspberry Pi? Adakah anda tahu apa itu Raspberry Pi? Bagi seseorang yang berada dalam bidang IT dan mempunyai pengetahuan mengenai teknologi, pasti tahu apakah itu Raspberry Pi.



Secara ringkasnya, ia boleh dikatakan sebagai sebuah komputer bersaiz mini dengan beberapa fungsi asas melaluinya.



Raspberry Pi hadir dalam saiz sebesar lebih kurang kad pengenalan kita, dimana beberapa komponen utama disertakan bersama-sama dengannya. Boleh dikatakan ia dibangunkan dalam memudahkan lebih ramai mempelajari pelbagai perkara berkaitan perkomputeran menggunakannya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.



Ia hadir dengan beberapa port terbina seperti HDMI (untuk dihubungkan ke monitor atau televisyen), port USB (untuk tetikus dan papan kekunci), dan juga port mikro-SD (untuk ruangan sistem dan fail). Ia hadir dalam dua variasi, iaitu set A dan juga Set B. Membezakannya, Set B untuk Raspberry Pi turut hadir dengan sokongan port Ethernet yang membolehkan pengguna menghubungkan talian internet melaluinya. Untuk sokongan kuasa, ia menggunakan kabel mikro-USB yang sedia digunakan pada pelbagai peranti mudah-alih hari ini.




Sistem Operasi


Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dioptimasikan untuknya. Salah satu yang popular adalah Raspbian yang mana merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi.

Pihak Raspberry sendiri menyediakan sebuah halaman muat-turun khas untuk beberapa koleksi sistem operasi mereka. Pengguna juga boleh memuat-turun NOOBS yang menyediakan pemasangan mudah untuk pengguna umum.

Namun, saiz fail NOOBS boleh dikatakan agak besar, dan sekiranya pengguna mempunyai sambungan internet yang tidak begitu laju, mungkin boleh memuat-turun sesuatu sistem operasi yang diminati mereka, ataupun Raspbian sekiranya baru ingin mula menggunakan Raspberry Pi.

Laman Web Rasmi Rasberry PI.

Raspberry Pi menyokong beberapa sistem operasi yang dioptimasikan untuknya. Salah satu yang popular adalah Raspbian yang mana merupakan versi Debian untuk Raspberry Pi. Raspberry Pi juga dapat menyokong sistem lain seperti Windows, Ubuntu Core dan sebagainya.

Antara fungsi Raspberry Pi adalah:


Sebagai Komputer Desktop Mini

Perkembangan dalam penggunaan Raspberry Pi semakin canggih. Raspberry yang dilengkapi dengan RAM dan CPU, beberapa port USB yang mempunyai fungsi seperti komputer desktop tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Dengan menggunakan Raspberry Pi juga, kita dapat melayari internet, menonton video, memproses data dan bermain komputer game.


Sebagai File Server

Raspberry Pi berfungsi juga sebagai file server dengan tetapan yang tepat. Berdasarkan Samba (File server), kita dapat menggunakan External Harddisk yang boleh dihubungkan ke Raspberry Pi melalui port USB sebagai media media penyimpan data. Kita juga boleh menggunakan sebagai file sharing kepada orang lain.


Sebagai Acces Point

Dengan memasang sebuah adapter Wi-Fi yang sesuai dengan Raspbian, kita dapat mengubah Raspberry Pi menjadi sebuah access point dengan menambahkan aplikasi seperti Hostapd dan DHCP server. Hostapd adalah aplikasi server untuk mengurus adapter Wi-Fi yang berfungsi sebagai access point disamping melakukan proses validation terhadap permintaan sambungan(connection) klien yang akan terhubung dengannya. Manakala, DHCP Server berfungsi untuk menyediakan IP address yang digunakan oleh klien selepas proses validation. Access point Raspberry Pi akan valid sebagai pusat access point buatan sekiranya dikonfigurasikan dengan betul.


Web Server yang menarik.

Boleh melancarkan web server melalui Raspberry Pi board. Contoh web server yang boleh mempelajari pelbagai bahasa programming seperti CSS, PHP, HTML dan sebagainya. Selain itu, kita dapat melancarkan website sendiri atau blog kerana ia dapat mengendali WordPress


Sebagai Sistem Penggera dan Keselamatan Rumah

Raspberry Pi dapat menempatkan(host) sistem penggera dan keselamatan rumah yang sederhana namun mengagumkan. Dengan bantuan sensor dan kamera, kita dapat memantau dan mengawal rumah semasa dalam perjalan atau bekerja.


Terdapat pelbagai fungsi Raspberry Pi yang kita boleh gunakan dengan fungsi penggunaannya yang semakin canggih. Selain itu, kita dapat belajar sesuatu yang baru mengenai teknologi ini. Ia bukan hanya berfungsi sebagai komputer mini, malahan dia juga boleh digunakan bersama dengan peranti yang lain dan mudah didapati di kedai-kedai online dengan tanpa menggunakan kos yang tinggi.

Sumber : amanz.my, raspberrypi.org , mycompass.io


Tuesday, 23 August 2016

Muatturun Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4

                      Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4




Sesiapa yang tengah cari Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4 bolehlah download dekat sini.Den share benda ni sebab den minat NARUTO dari kocik.Apo lagi jom Download.Fail satu-satu jadi korang kena download satu-satu yer, pastikan download winrar kalau tak ada download dekat sini  dan Daemon  Tool dekat sini 

Minimum System Requirements:

OS: Windows 7 (64-bit), 8 (64-bit), 8.1 (64-bit), 10 (64-bit)
Processor: Intel i3-530 2.93 GHz / AMD Phenom II X4 940 3.0GHz atau lebih tinggi
Memory: 4 GB RAM atau lebih tinggi
Storage: 40 GB tersedia
Graphics: 2048 MB video card & Pixel Shader 5.0 atau lebih tinggi
DirectX: Versi 11 atau lebih tinggi


Cara Install:

  1. Download Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4 melalui link di atas
  2. Taruh semua part ke dalam satu folder, lalu ekstrak part 1
  3. Mount file iso Naruto Shippuden dengan Daemon Tools
  4. Jalankan setup.exe, lalu semak Copy contents of CODEX
  5. Klik install, lalu tunggu sehingga pemasangan selesai
  6. Apabila sudah selesai, jalankan games tersebut melalui Desktop
  7. Selamat bermain!



Muatturun Fail :

Fail 1

 Fail 2

Fail 3 

Fail 4

Fail 5

Fail 6

Fail 7

Fail 8



kredit to bagas31

Thursday, 11 December 2014

Apa Itu Stock ROM, Custom ROM & Firmware?

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang tanya aku pasal firmware, stock ROM, custom ROM, OS, dan pelbagai lagi. Dan semestinya kesemua itu berkaitan dengan telefon. Aku sendiri pun sebenarnya tidak beberapa faham dengan istilah-istilah tersebut.

Tapi, untuk merungkaikan persoalan yang ada didalam hati ni, aku cuba menyelidik apakah ia sebenarnya. Jadi bagi pemahaman korang semua, aku akan membahagiankannya kepada beberapa bahagian.Mungkin entri agak panjang berjela-jela. Tak nak baca semua pun takpe. Aku sendiri pun masih belajar pasal semua nie. Mungkin ada kesilapan sedikit dalam penerangan. Aku harap korang dapat betulkan jika ada kesilapan tersebut. Jadi, dibawah aku akan menerangkan sedikit mengenai Android, Windows Phone 7 dan iOS (Apple). Untuk Symbian, aku masih lagi cuba memahami mengenainya. Tiada maklumat yang aku dapat masukkan kedalam entri ni.


Definisi OS

Apa-apa pun kita kena tahu apakah definisinya terlebih dahulu. Semua komputer yang menggunakan Windows, Mac OS X, dan Linux beroperasi memerlukan perisian sistem tertentu yang dikenali sebagai sistem pengoperasian (OS). Manakala telefon pintar sekarang juga memerlukannya, tetapi ia didatangkan didalam versi mobile (Mobile OS). Sebagai contoh Mobile OS adalah Android, Windows Phone 7, Apple iOS, BlackBerry OS, dan Symbian^3. Kesemua itu adalah antara mobile OS yang digunakan dikebanyakkan telefon pintar sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut, korang boleh pergi ke entri yang aku pernah tulis melalui pautan dibawah.



Apakah ROM

ROM adalah singkatan daripada Read-Only Memory. Ia boleh dikelaskan sebagai memory dalaman sesebuah peranti tersebut. Rom ini mempunyai arahan dari sistem yang tidak perlu di ubahsuai dan ianya disimpan didalam ROM (Read-Only Memory) atau secara mudahnya seperti CD-R atau DVD-R. Segala pengubahsuaian mungkin akan membuat arahan tersebut tidak berfungsi atau merosakkan telefon tersebut. Jadi ianya bebeza dengan hard disk dan USB drive yang mempunyai akses read/write walaupun ianya mempunyai fail sistem.

Apakah Firmware

ROM yang dinyatakan seperti diatas juga boleh didefinisikan sebagai Firmware. Yang membezakannya adalah ia boleh diubahsuai. Selalunya, bila ia sudah diubahsuai, ia pasti memerlukan peranti lain sebagai Read-Only tetapi ia melalui perlindungan/pengawasan tertentu.

Flashing

Memori untuk ROM yang sering digunakan pada telefon pintar sama dengan flash memory seperti SD Memory Card dan USB drive. Ianya dioptimumkan untuk tahap kelajuan dan prestasi yang lebih baik untuk Mobile OS tersebut. Jadi korang dibenarkan melakukan pengubahsuaian pada file sistem tersebut dan memerlukan prosedur khas keatasnya. Jadi proses pengubahan atau penggantian file dari memori flash tersebut dikenali sebagai Flashing. Atau kata lain, Flashing adalah proses pengubahsuaian firmware.

Mobile OS

Sebelum aku bercerita panjang mengenai mobile OS nie, aku rasa apa salahnya jika menghuraikan sedikit mengenainya.

Definisi

Seperti yang aku katakan diatas, ROM boleh didefinisikan sebagai firmware. ROM ini juga boleh dianggap sebagai OS kerana apabila ia dirujuk kepada telefon pintar dan tablet, dan juga ROM itu sendiri merujuk pada firmware yang dipasang di dalam memori peranti tersebut. Jika korang disuruh untuk memuat turun sesuatu ROM, apa yang mereka katakan adalah satu firmware yang mengandungi format fail yang sudah sedia untuk dipasang ke peranti korang bagi menggantikan firmware yang lama.

Jenis ROM

Tidak seperti kebanyakkan desktop OS, mobile OS boleh didapati dalam format sedia dipasang dalam pelbagai bentuk antaranya seperti dibawah.

Truly Stock ROM/Firmware

Versi ini boleh dikatakan didalam bentuk asal (default). Tiada pengubahsuaian yang dibuat melainkan memberi sokongan kepada satu peranti tertentu untuk dijalankan. Ia menawarkan penggunaan standard dari sistemnya tanpa sebarang perubahan pada paparan antaramuka mahupun fungsi. ROM/Firmware seperti ini selalunya boleh didapati pada peranti dan sistem pengoperasian yang dibina oleh syarikat yang sama. Sebagai contoh Apple iOS, Palm WebOS, BlackBerry OS dan sesetengah peranti Android yang ROM/firmwarenya tidak diubahsuai oleh pengeluar.

Manufacturer(Pengilang) atau Carrier (Pembekal) Stock ROM/Firmware

Versi ini pula memiliki penambahan jika dibanding dengan sistem operasi asal (default) yang dikeluarkan oleh pengilang. Selalunya ia merangkumi penaiktaraf dan penambahan pada paparan antara muka, aplikasi, dan sekatan yang bertujuan untuk mencegah peranti diguna di kawasan tertentu. Begitu juga sekatan untuk mencegah dari pemasangan ROM/firmware yang tidak dikeluarkan oleh pembekal atau pengilang.

Kebanyakkan peranti yang menggunakan Android dan Symbian termasuk didalam kategori ini. Begitu juga sebahagian besar peranti Windows Phone 7 dimana menggunakan Truly Stock ROM/firmware yang diubahsuai. Tetapi perubahan ini amat sedikit dan hanya memasukkan aplikasi tambahan sahaja.

Custom ROM/Firmware

Hampir kesemua peranti yang dibuat dihantar menggunakan ROM/Firmware diatas dan ia tidak berakhir disana. Independent Developer adalah seorang yang suka mengubahsuai peranti mereka melebihi pilihan yang ditawarkan oleh pembekal/pengeluar dan berkongsi hasil kerja mereka kepada orang ramai. Dan hasil pengubahsuaian mereka itu dipanggul Custom ROM. Selalunya mereka memilih Android OS untuk dijadikan Custom ROM kerana ia didatangkan didalam kategori sumber terbuka (Open Source).

Bagi Apple iOS dan Windows Phone 7, untuk menjumpai Custom ROM/Firmware amatlah sukar. Tetapi selalunya bagi kedua-duanya selalu didatangkan dalam bentuk pukal bersama alat/aplikasi yang menawarkan fungsi diluar ciri-ciri firmware. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Custom ROM, korang boleh mendapatkan maklumat dan juga Custom ROM itu sendiri di forum XDA-Developers atau diforum lain.

cc to :Piratz

Tuesday, 22 April 2014

Website vs Portal

Asslammualaikum & Selamat Sejatera


Apakah perbezaan antara portal dan website(laman web) ? Contohnya portal pendidikan utusan. Tidak bolehkah jika menyebutnya sebagai laman web pendidikan utusan? Berdasarkan bacaan saya di forum-forum mendapati ada pencanggahan pendapat tentang maksud dan perbezaan antara keduanya. Pendapat mengatakan portal dan laman web adalah entiti yang berbeza namun saling melengkapi. Keduanya juga berkait....


tetapi tidak boleh menggantikan antara satu sama lain. Laman web (Website) memberikan sebuah organisasi/pertubuhan kepada dunia luar, sementara portal menyediakan beberapa peranan pengguna bagi mengakses sumber yang luas. Terdapat 3 perbezaan yang dikatakan menunjukkan perbezaan antara portal dan laman web

i. Pengesahan:
Laman web: Menyediakan kemudahan Logging-In. Meminta maklumat tentang siapa
anda.Cont; mail.yahoo.com, gmail.com
Portal: Tidak ada kemudahan log-in.Cont:www.yahoo.com . Maka jika ada sekolah
mempunyai portalnya sendiri tetapi ada kemudahan logging in..maka ia bukan
portal sekolah tetapi laman web sekolah.

ii.Peribadi:
Laman web: Terhad, berfokus kandungan. Menghilangkan keperluan untuk melawat
pelbagai laman. Cont: memasuki email dan bergerak di dalamnya sahaja.
Portal: ekstensif, kandungan tidak berfokus sepenuhnya yentang apa yang ditulis
dan melihat kepada keperluan pengguna.

iii.Kesesuaian
Laman web : Memilih dan mencapai apa yang telah disediakan sahaja.
Portal: Memberikan pautan yang boleh dicapai oleh pengguna. Pengguna perlu
mencarinya sendiri. Semua kandungan yang ada untuk setiap pengunjung.

Terdapat pelbagai lagi pendapat tentang perbezaan antara keduanya. Tetapi bagi pengguna biasa seperti kita, samada ia portal atau laman web tidak memberi perbezaan kepada kita asal apa yang kita mahu/ cari mencapai objektifnya.

sumber: Link 1
            Link 2 

google.com, pub-1921621716597010, DIRECT, f08c47fec0942fa0